Wednesday, 8 April 2015

Ciri - ciri usahawan : Inisiatif (Initiative)


Menurut kamus dewan dan pustaka , inisiatif  bermaksud daya usaha atau ikhtiar. Seorang usawan yang yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi akan membolehkan beliau melihat sesuatu situasi atau keadaan dengan lebih cekap serta dapat membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain.

Sifat ini telah diperlihatkan oleh seorang usahawan cendawan yang berjaya iaitu Encik Nabil bin Sanusi yang berdaya usaha yang tinggi dalam memajukan perusahaan beliau sehingga boleh membuka syarikat sendiri iaitu Nas Agro Farm. Semangat uasaha yang tinggi untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan menyebabkan beliau menceburi bidang perusahaan tanaman cendawan .
Beliau mengusahakan ladang cendawan seluas o.5 hektar di atas tanah milik keluarga di Sepang.Beliau telah berusaha mengubahsuai lading cendawan tersebut berkonsepkan taman. Beliau telah mengikhtiarkan sebanyak rm 200,000 sebagai modal sendiri untuk memulakan perniagaan dengan membina bangunan dan kelengkapan asas yang diubahsuai mengikut kesesuaian. Beliau turut membuat penyelidikan mengenai cendawan tersebut di mana beliau sanggup membina makmal ujian untuk mendapatkan benih cendawan terbaik dengan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik.
Beliau juga berusaha untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan cendawan yang ada di negara ini. Di samping itu , syarikat beliau juga menawarkan kursus kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan .Selain itu , beliau juga memulakan usaha awal untuk menternak cacing bagi menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.Dengan segala ikhtiar yang dilakukan,telah membuatkan cendawan beliau mendapat permintaan yang tinggi.

Ciri - ciri usahawan : Tegas (Decisive)


Tegas bermaksud seseorang itu tekad dan tidak bersikap ragu-ragu dalam apa jua yang dilakukan serta teguh  dengan keputusan yang dibuat. Ciri ini juga mempunyai kaitan dengan usahawan yang sedang di kaji iaitu Encik Nabil Sanusi. Sebagai contoh,Encik Nabil Sanusi yang merupakan usahawan cendawan dan pemilik Nas Agro Farm tekad dengan keputusannya untuk menjalankan perniagaan  menanam cendawan. Malah,beliau tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan. Selain itu,beliau yang mempunyai Ijazah Perakaunan dari United Kingdom dengan tegasnya membuat keputusan meninggalkan bidangnya itu.

Sikap tegas yang ada pada dirinya membawa beliau kepada kejayaan yang beliau kecapi sehingga kini.Ini kerana bukan mudah untuk terlibat dalam industri automotif dan menjayakannya ke tahap yang lebih tinggi. Perniagaan penanaman cendawan perlu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Malah, ketika beliau menjalankan perniagaan penanaman cendawan ini banyak masalah yang beliau tempuhi. Antaranya, serangan mahluk perosak , kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama dalam tanaman cendawan.

Sikap beliau yang tekad untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam. Apatah lagi, beliau sering memikirkan untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada masa hadapan. Beliau tidak menunggu lama untuk terlibat di dalam bidang industri automotif ini. Tambahan pula,dengan sokongan ahli keluarganya,Encik Nabil Sanusi mengambil keputusan untuk terlibat dalam perniagaan penanaman cendawan ini dengan serius. Malah,beliau tidak perlu menunggu lama,sama ada terpaksa membuat pinjaman terlebih dahulu ataupun menubuhkan syarikat. Tetapi,beliau mengambil keputusan memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira satu ekar milik keluarganya di Sepang,Selangor.

Sikap tegas beliau dalam membuat keputusan ini telah menampakkan hasil apabila beliau mampu untuk menjalankan kursus bagi mereka yang berminat untuk menuntut ilmu dalam penanaman cendawan ini. Selain itu,beliau juga mendirikan bangunan khas untuk menternak cacing. Keputusan yang dibuat oleh beliau sangat berani kerana cendawan bukan satu tanaman yang senang untuk diusahakan.

Ciri - ciri usahawan : Ketajaman Daya Fikiran (Perceptiveness)


Ketajaman daya tanggapan merupakan salah satu ciri-ciri usahawan yang amat penting dan perlu ada pada setiap usahawan.Nabil Sanusi merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri ketajaman daya tanggapan.

Seorang usahawan perlu memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul, risiko yang bakal dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam perniagaan. Nabil Sanusi sentiasa memikirkan tanggapan pada masa hadapan dngan pelbagai idea dan perancangan yang hebat.Dengan berbekalkan idea-idea yang hebat, beliau dapat menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memajukan Nas Agro Farm.Bermula dengan memikirkan peluang perniagaan dalam bidang pertanian,beliau telah berjaya membuat keputusan bahawa bidang pertanian mempunyai potensi yang tinggi. Nabil Sanusi mengatakan bahawa beliau untuk mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.

Katanya, beliau melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan semasa berlakunya kegawatan ekonomi 1998,inilah yang membuatkan beliau berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang beliau usahakan.

Seterusnya,beliau telah berjaya menangani masalah yang melibatkan kuantiti pengeluaran cendawan.Dengan keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram sehari namun beliau meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari disebabkan beberapa masalah antaranya ialah bekalan habuk kayu.Beliau memikirkan masalah bekalan habuk kayu sebagai medium utama dalam penanaman cendawan yang terhad kerana pengeluaran produk perkayuan telah menurun.Oleh itu Nabil Sanusi meletakkan tahap pengeluaran pada tahap yang sederhana.

Ciri - ciri usahawan : Serba boleh (Versatility)

Serba boleh ialah berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan. Ia juga boleg didefinisikan sebagai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza beza mengikut persekitaran. Sifat serba boleh ini merupakan antara ciri ciri usahawan yang penting yang perlu ada dalam diri setiap usahawan.

 Selaku pemilik perniagaan cendawan Nas Agro Farm, Encik Nabil bin Sanusi, beliau merupakan seorang usahawan cendawan yang serba boleh dan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang berbeza beza mengikut persekitaran . Hal ini kerana, Encik Nabil, merupakan pemegang Ijazah Perakaunan United Kingdom namun pada masa yang sama beliau memilih untuk menceburi bidang Keusahawan.

 Baginya, meskipun tahu banyak cabaran dan halangan serta risiko kegawatan ekonomi dalam dunia perniagaan namun Encik Nabil berserba boleh untuk menguruskan perniagaan beliau. Beliau lebih memilih untuk menceburi bidang usahawan ini berbanding dengan menjadi Akauntan di syarikat-syarikat ternama, Katanya, beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan ladang cendawan ini kerana melihat potesinnya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pegangkutan.

Ciri - ciri usahawan : Berpandangan Jauh (Foresight)


Pada era globalisasi ini, seorang usahawan bukan sahaja perlu berpandangan jauh malah perlu bijak melihat dan mengambil peluang. Usahawan yang berpandangan jauh diibaratkan sebagai orang yang mempunyai hala tuju yang jelas. Paling hebat lagi adalah orang yang berpandangan jauh, mereka sangat yakin dengan pandangannya akan membuatkan dirinya sentiasa kuat untuk melalui hari-hari yang mendatang. Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mampu melihat masa depan yang lebih jauh sama seperti usahawan pemilik Nas Agro Farm, Nabil Sanusi. Katanya, dia memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.

Menurut En. Nabil, cendawan kini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh negara. Tambah beliau lagi, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam. Selain menjadi antara ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng yang diunikkan lagi rasanya dengan salutan  tepung. Tidak hairanlah, cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha yang berpandangan jauh tentang potensi perniagaan ini.




Usahawan Berjaya : Perniagaan Cendawan Nas Agro Farm - Encik Nabil bin Sanusi


Seperti yang kita ketahui, tumbuhan cendawan kini mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.

Selain menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, ladang cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada kerajaan turut menjadi faktor utama merancakkan perusahaan cendawan.

Begitu juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Encik Nabil bin Sanusi. Katanya, dia lebih memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.

Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isterinya yang berminat dalam bidang pertanian. Menurut beliau, isterinya Surina Saad, sanggup berhenti kerja sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, hal ini seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Encik Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawannya sendiri. Krisis kegawatan ekonomi memberi banyak pengajaran kepada beliau dalam menghadapi dunia perniagaan. Beliau juga melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan beliau berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang beliau usahakan. Menurut Encik Nabil lagi , ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.

Bagi mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan berdaya saing berkonsepkan taman. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.

Disebabkan beliau juga mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh isteri namun beliau masih mampu untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari menjenguk keadaan di ladang. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk dijaga disebabkan sifatnya yang sensitif dan mudah dijangkiti penyakit, beliau tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan keluarga.

Menurut beliau, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan lebih pantas dan subur. Kata Encik Nabil, disebabkan sifat cendawan yang sensitif , penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.

Walaupun dijalankan dalam skala yang agak besar, namun beliau menggunakan sistem penuaian secara harian di mana pada setiap hari, cendawan ini akan dituai sebanyak tiga kali iaitu pada tengah hari, petang dan malam. Dengan keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram sehari namun Nabil meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

          Menurutnya, antara masalah tersebut adalah kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama tanaman cendawan. Permintaan produk berasaskan perabot kayu kini menurun disebabkan kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan habuk kayu yang hanya boleh didapati di kilang pembuatan perabot tidak dapat dipenuhi.

Menurutnya, setelah mengikuti kursus yang diperkenalkan rakannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai tanaman cendawan, beliau mula mengorak langkah meneroka bidang ini. Ladang Nas Agro Farm mengeluarkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju disebabkan cendawan jenis ini popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang agak murah.

Cendawan ini dijual dengan harga RM7 sekilogram dan mendapat sambutan yang sangat baik disebabkan masakan berasaskan cendawan kini popular dalam kalangan restoran selain rasanya yang enak serta berkhasiat. Menurut beliau, ladang ini mempunyai sembilan dan diuruskan dengan sistematik di mana seripa pekerja mempunyai tugas khusus dan dipantau oleh seorang ketua. Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM200,000, beliau dan isterinya memulakan perniagaan ini dengan membina bangunan dan kelengkapan asas yang kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaian sehingga hari ini.

Menurut Encik Nabil, penyelidikan terhadap pembenihan cendawan turut dijalankan sendiri di ladangnya di mana beliau membina makmal ujian bagi mendapatkan benih cendawan terbaik. Walaupun terdapat 16 spesies cendawan sesuai ditanam di Malaysia, cendawan jenis ini paling mudah untuk dibiakkan dan buat masa ini, saya sedang mengusahakan untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan cendawan yang ada di negara ini.

Penanaman cendawan menggunakan proses tisu kultur dan kajian yang saya jalankan ini akan mendatangkan hasil menggalalakkan. Selain itu, Encik Nabil juga turut menyarankan supaya lebih ramai petani menceburi bidang ini dan beliau sanggup menjadi pembekal selain kursus kepada mereka yang berminat.