Wednesday, 8 April 2015

Ciri - ciri usahawan : Tegas (Decisive)


Tegas bermaksud seseorang itu tekad dan tidak bersikap ragu-ragu dalam apa jua yang dilakukan serta teguh  dengan keputusan yang dibuat. Ciri ini juga mempunyai kaitan dengan usahawan yang sedang di kaji iaitu Encik Nabil Sanusi. Sebagai contoh,Encik Nabil Sanusi yang merupakan usahawan cendawan dan pemilik Nas Agro Farm tekad dengan keputusannya untuk menjalankan perniagaan  menanam cendawan. Malah,beliau tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan. Selain itu,beliau yang mempunyai Ijazah Perakaunan dari United Kingdom dengan tegasnya membuat keputusan meninggalkan bidangnya itu.

Sikap tegas yang ada pada dirinya membawa beliau kepada kejayaan yang beliau kecapi sehingga kini.Ini kerana bukan mudah untuk terlibat dalam industri automotif dan menjayakannya ke tahap yang lebih tinggi. Perniagaan penanaman cendawan perlu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Malah, ketika beliau menjalankan perniagaan penanaman cendawan ini banyak masalah yang beliau tempuhi. Antaranya, serangan mahluk perosak , kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama dalam tanaman cendawan.

Sikap beliau yang tekad untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam. Apatah lagi, beliau sering memikirkan untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada masa hadapan. Beliau tidak menunggu lama untuk terlibat di dalam bidang industri automotif ini. Tambahan pula,dengan sokongan ahli keluarganya,Encik Nabil Sanusi mengambil keputusan untuk terlibat dalam perniagaan penanaman cendawan ini dengan serius. Malah,beliau tidak perlu menunggu lama,sama ada terpaksa membuat pinjaman terlebih dahulu ataupun menubuhkan syarikat. Tetapi,beliau mengambil keputusan memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira satu ekar milik keluarganya di Sepang,Selangor.

Sikap tegas beliau dalam membuat keputusan ini telah menampakkan hasil apabila beliau mampu untuk menjalankan kursus bagi mereka yang berminat untuk menuntut ilmu dalam penanaman cendawan ini. Selain itu,beliau juga mendirikan bangunan khas untuk menternak cacing. Keputusan yang dibuat oleh beliau sangat berani kerana cendawan bukan satu tanaman yang senang untuk diusahakan.

No comments:

Post a Comment