Ketajaman
daya tanggapan merupakan salah satu ciri-ciri usahawan yang amat penting dan
perlu ada pada setiap usahawan.Nabil Sanusi merupakan seorang usahawan yang
mempunyai ciri ketajaman daya tanggapan.
Seorang
usahawan perlu memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul, risiko
yang bakal dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang
masalah yang dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk
berangan-angan dalam perniagaan. Nabil Sanusi sentiasa memikirkan tanggapan
pada masa hadapan dngan pelbagai idea dan perancangan yang hebat.Dengan
berbekalkan idea-idea yang hebat, beliau dapat menjalankan perniagaan sekaligus
sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau
sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memajukan Nas Agro
Farm.Bermula dengan memikirkan peluang perniagaan dalam bidang pertanian,beliau
telah berjaya membuat keputusan bahawa bidang pertanian mempunyai potensi yang
tinggi. Nabil Sanusi mengatakan bahawa beliau untuk mengusahakan ladang
cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan
lain yang membabitkan pengangkutan.
Katanya, beliau
melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan semasa
berlakunya kegawatan ekonomi 1998,inilah yang membuatkan beliau berani menanggung
risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang beliau usahakan.
Seterusnya,beliau
telah berjaya menangani masalah yang melibatkan kuantiti pengeluaran cendawan.Dengan
keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200
kilogram sehari namun beliau meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80
kilogram sehari disebabkan beberapa masalah antaranya ialah bekalan habuk
kayu.Beliau memikirkan masalah bekalan habuk kayu sebagai medium utama dalam
penanaman cendawan yang terhad kerana pengeluaran produk perkayuan telah
menurun.Oleh itu Nabil Sanusi meletakkan tahap pengeluaran pada tahap yang
sederhana.
No comments:
Post a Comment