Pada era globalisasi ini, seorang usahawan
bukan sahaja perlu berpandangan jauh malah perlu bijak melihat dan mengambil
peluang. Usahawan yang berpandangan jauh diibaratkan sebagai orang yang
mempunyai hala tuju yang jelas. Paling hebat lagi adalah orang yang
berpandangan jauh, mereka sangat yakin dengan pandangannya akan membuatkan
dirinya sentiasa kuat untuk melalui hari-hari yang mendatang. Usahawan yang
mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mampu melihat masa depan
yang lebih jauh sama seperti usahawan pemilik Nas Agro Farm, Nabil Sanusi.
Katanya, dia memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya
yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.
Menurut
En. Nabil, cendawan kini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh negara.
Tambah beliau lagi, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran
tomyam. Selain menjadi antara ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan
juga sedap digoreng yang diunikkan lagi rasanya dengan salutan tepung. Tidak hairanlah, cendawan kini menjadi
pilihan golongan pengusaha yang berpandangan jauh tentang potensi perniagaan
ini.
No comments:
Post a Comment