Seperti
yang kita ketahui, tumbuhan cendawan kini mendapat permintaan tinggi di seluruh
negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan
utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.
Selain
menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng
setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, ladang cendawan kini menjadi
pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada
kerajaan turut menjadi faktor utama merancakkan perusahaan cendawan.
Begitu
juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Encik Nabil bin Sanusi. Katanya, dia
lebih memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang
besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.
Idea
mengusahakan cendawan ini bermula daripada isterinya yang berminat dalam bidang
pertanian. Menurut beliau, isterinya Surina Saad, sanggup berhenti kerja
sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, hal ini
seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi.
Encik
Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawannya
sendiri. Krisis kegawatan ekonomi memberi banyak pengajaran kepada beliau dalam
menghadapi dunia perniagaan. Beliau juga melihatkan perniagaan dalam bidang
pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan beliau berani
menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang beliau usahakan.
Menurut Encik Nabil lagi , ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar
diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.
Bagi
mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan
berdaya saing berkonsepkan taman. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United
Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang
belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.
Disebabkan
beliau juga mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh
isteri namun beliau masih mampu untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali
sehari menjenguk keadaan di ladang. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk
dijaga disebabkan sifatnya yang sensitif dan mudah dijangkiti penyakit, beliau
tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan
keluarga.
Menurut
beliau, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya
tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan
kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan
lebih pantas dan subur. Kata Encik Nabil, disebabkan sifat cendawan yang
sensitif , penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih
supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.
Walaupun
dijalankan dalam skala yang agak besar, namun beliau menggunakan sistem
penuaian secara harian di mana pada setiap hari, cendawan ini akan dituai
sebanyak tiga kali iaitu pada tengah hari, petang dan malam. Dengan keluasan
ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram
sehari namun Nabil meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari
disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Menurutnya,
setelah mengikuti kursus yang diperkenalkan rakannya di Universiti Putra
Malaysia (UPM) mengenai tanaman cendawan, beliau mula mengorak langkah meneroka
bidang ini. Ladang Nas Agro Farm mengeluarkan cendawan tiram kelabu atau nama
saintifiknya Pleurotus sajor-caju disebabkan cendawan jenis ini popular dan
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang agak
murah.
Cendawan
ini dijual dengan harga RM7 sekilogram dan mendapat sambutan yang sangat baik
disebabkan masakan berasaskan cendawan kini popular dalam kalangan restoran
selain rasanya yang enak serta berkhasiat. Menurut beliau, ladang ini mempunyai
sembilan dan diuruskan dengan sistematik di mana seripa pekerja mempunyai tugas
khusus dan dipantau oleh seorang ketua. Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak
RM200,000, beliau dan isterinya memulakan perniagaan ini dengan membina
bangunan dan kelengkapan asas yang kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaian
sehingga hari ini.
Menurut
Encik Nabil, penyelidikan terhadap pembenihan cendawan turut dijalankan sendiri
di ladangnya di mana beliau membina makmal ujian bagi mendapatkan benih
cendawan terbaik. Walaupun terdapat 16 spesies cendawan sesuai ditanam di
Malaysia, cendawan jenis ini paling mudah untuk dibiakkan dan buat masa ini,
saya sedang mengusahakan untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan
cendawan yang ada di negara ini.
Penanaman
cendawan menggunakan proses tisu kultur dan kajian yang saya jalankan ini akan
mendatangkan hasil menggalalakkan. Selain itu, Encik Nabil juga turut
menyarankan supaya lebih ramai petani menceburi bidang ini dan beliau sanggup
menjadi pembekal selain kursus kepada mereka yang berminat.
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDeletePERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete