Wednesday, 8 April 2015

Usahawan Berjaya : Perniagaan Cendawan Nas Agro Farm - Encik Nabil bin Sanusi


Seperti yang kita ketahui, tumbuhan cendawan kini mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.

Selain menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, ladang cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada kerajaan turut menjadi faktor utama merancakkan perusahaan cendawan.

Begitu juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Encik Nabil bin Sanusi. Katanya, dia lebih memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.

Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isterinya yang berminat dalam bidang pertanian. Menurut beliau, isterinya Surina Saad, sanggup berhenti kerja sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, hal ini seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Encik Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawannya sendiri. Krisis kegawatan ekonomi memberi banyak pengajaran kepada beliau dalam menghadapi dunia perniagaan. Beliau juga melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan beliau berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang beliau usahakan. Menurut Encik Nabil lagi , ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.

Bagi mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan berdaya saing berkonsepkan taman. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.

Disebabkan beliau juga mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh isteri namun beliau masih mampu untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari menjenguk keadaan di ladang. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk dijaga disebabkan sifatnya yang sensitif dan mudah dijangkiti penyakit, beliau tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan keluarga.

Menurut beliau, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan lebih pantas dan subur. Kata Encik Nabil, disebabkan sifat cendawan yang sensitif , penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.

Walaupun dijalankan dalam skala yang agak besar, namun beliau menggunakan sistem penuaian secara harian di mana pada setiap hari, cendawan ini akan dituai sebanyak tiga kali iaitu pada tengah hari, petang dan malam. Dengan keluasan ladang yang ada sekarang, ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 200 kilogram sehari namun Nabil meminimumkan pengeluarannya kepada 70 ke 80 kilogram sehari disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

          Menurutnya, antara masalah tersebut adalah kekurangan habuk kayu di mana bahan tersebut menjadi asas utama tanaman cendawan. Permintaan produk berasaskan perabot kayu kini menurun disebabkan kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan habuk kayu yang hanya boleh didapati di kilang pembuatan perabot tidak dapat dipenuhi.

Menurutnya, setelah mengikuti kursus yang diperkenalkan rakannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai tanaman cendawan, beliau mula mengorak langkah meneroka bidang ini. Ladang Nas Agro Farm mengeluarkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju disebabkan cendawan jenis ini popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang agak murah.

Cendawan ini dijual dengan harga RM7 sekilogram dan mendapat sambutan yang sangat baik disebabkan masakan berasaskan cendawan kini popular dalam kalangan restoran selain rasanya yang enak serta berkhasiat. Menurut beliau, ladang ini mempunyai sembilan dan diuruskan dengan sistematik di mana seripa pekerja mempunyai tugas khusus dan dipantau oleh seorang ketua. Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM200,000, beliau dan isterinya memulakan perniagaan ini dengan membina bangunan dan kelengkapan asas yang kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaian sehingga hari ini.

Menurut Encik Nabil, penyelidikan terhadap pembenihan cendawan turut dijalankan sendiri di ladangnya di mana beliau membina makmal ujian bagi mendapatkan benih cendawan terbaik. Walaupun terdapat 16 spesies cendawan sesuai ditanam di Malaysia, cendawan jenis ini paling mudah untuk dibiakkan dan buat masa ini, saya sedang mengusahakan untuk mencari variety baru bagi mempelbagaikan cendawan yang ada di negara ini.

Penanaman cendawan menggunakan proses tisu kultur dan kajian yang saya jalankan ini akan mendatangkan hasil menggalalakkan. Selain itu, Encik Nabil juga turut menyarankan supaya lebih ramai petani menceburi bidang ini dan beliau sanggup menjadi pembekal selain kursus kepada mereka yang berminat.

2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete